PROGRAM TRANSISI KE ARAH KERJAYA 2010 (PROJEK PENANAMAN SAYUR BATAS KONKRIT)

MATLAMAT
  • Membina semangat kerjasama antara guru dengan murid.
  • Memberikan kemahiran asas cara-cara berkebun.
  • Membentuk sifat keyakinan diri, bertanggung jawab dan sabar dalam diri pelajar.
OBJEKTIF
  • Memberi kemahiran bertani kepada murid-murid pendidikan khas supaya kemahiran mereka selari dengan murid-murid normal.
  • Memberikan ruang kepada murid-murid mengasah minat dan memperkembangkan lagi kemahiran yang sedia ada.
  • Mempelbagaikan lagi bidang kurikulum yang selama ini berfokus di dalam kelas dan mengelakkan murid berasa bosan berada di dalam kelas semata-mata.
  • Memberikan kemahiran pra kerjaya terutamanya kepada murid-murid yang tidak berjaya menguasai menguasai bidang akademik.
  • Menambahkan lagi kemahiran selain asas pertanian iaitu kemahiran memasarkan hasil tanaman dan kaedah memulakan perniagaan atau bidang keusahawanan.